Donald Trump berkelakuan ganjil, isteri akui tidak selesa
Gempak
Julai 24, 2018 18:31 MYT
Julai 24, 2018 18:31 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump telah berkelakuan ganjil dan mencurigakan di laman Twitter peribadi miliknya sejak kebelakangan ini.
Perkara itu diakui oleh isterinya, Melania Trump yang mendedahkan dia rasa curiga dan tidak senang dengan keadaan itu.
Menurut sumber, Melania kini semakin khuatir dengan tindakan suaminya yang sering membuat kenyataan berunsur ugutan di akaun Twitter.
"Melania sering mengingatkan suaminya untuk mengawal kemarahan ketika membuat kenyataan, terutamanya di media sosial," kata sumber.
Pasangan ini sering digosipkan mempunyai pertelagahan kerana kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza. Teks : Asraf Aided Sumber : hollywoodlife.com