'Donald Trump bangang!' Sonam Kapoor berang aktiviti pemburuan gajah dibenarkan

Pritha Manivannan
Mac 13, 2018 16:43 MYT
Dalam sebuah entri di laman Twitternya, pelakon itu menyatakan bahawa presiden tersebut seorang yang dungu. - Gambar fail
PELAKON Bollywood, Sonam Kapoor mengutuk Presiden Donald Trump susulan langkah Trump membenarkan aktiviti pemburuan gajah dan haiwan lain serta membawa masuk hasil kejayaan pemburuan itu ke Amerika Syarikat (AS).
Dalam sebuah entri di laman Twitternya, pelakon itu menyatakan bahawa presiden tersebut sebagai imbecile (bangang).
Sonam menyuarakan pendapatnya selepas pengacara terkenal, Ellen DeGeneres memuat naik sebuah entri yang menyatakan: "Presiden secara senyap membenarkan trofi kemenangan aktiviti pemburuan gajah dan haiwan lain dibawa masuk ke AS. Saya menyuarakan perkara ini sekuat mungkin: Ia mengerikan. Kita harus bangkit menyuarakan bantahan untuk menghentikan ini."

Spread the word. #BeKindToElephants pic.twitter.com/l4jrOC88k1

— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) March 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sonam telah mengulang tweet Ellen dan mengutuk Trump: "Pemburuan adalah haram di India, salah satu perkara yang seluruh dunia boleh belajar dari kami. Trump tidak bijak!"

Hunting is illegal in india, one of things the world can learn from us! Trump is an imbecile ! @potus #proudtobeindian #preserveourworld pic.twitter.com/retBm6Y1MZ

— Sonam Kapoor (@sonamakapoor) March 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkembangan itu dikhuatiri hanya akan menggalakkan lagi golongan tertentu, khususnya kumpulan pemburu tegar dan elit, untuk melakukan aktiviti pemburuan sewenang-wenangnya dan di mana-mana sahaja.
Ini bukan kali pertama Sonam mengutuk Trump. Sonam memanggil Trump seorang pelawak selepas beliau memberi komen bahawa bintang anugerah Oscar, Meryl Streep seorang pelakon yang terlebih disanjung.
Terdahulu, pentadbiran Trump membenarkan warga ASuntuk membawa gading dan bahagian badan gajah yang lain sebagai 'trofi pemburuan' ke negara tersebut.
Keputusan ini diumumkan secara senyap melalui sebuah memorandum pada 1 Mac.
Ini bercanggah dengan sokongan yang disuarakan Presiden Trump November tahun lepas untuk sekatan trofi seumpamanya dalam era Barack Obama.
#Barack Obama #Bollywood #Donald Trump #Ellen DeGeneres #India #Sonam Kapoor #Tweet
;