Donald Trump bakal didakwa lagi

Astro Awani
Jun 13, 2023 08:00 MYT
Pendakwaan ini disifatkan terus mencalar reputasinya, yang mahu melancarkan kempen pemilihan semula. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka didakwa sekali lagi pada Selasa.
Beliau berdepan tuduhan menyimpan dokumen keselamatan negara secara haram dan menipu pegawai kerajaan mengenai pemilikan dokumen itu.
Ini adalah kali kedua pendakwaan dibuat ke atas Trump.
Pendakwaan ini disifatkan terus mencalar reputasinya, yang mahu melancarkan kempen pemilihan semula.
April lalu, Trump dituduh dengan 34 dakwaan jenayah, termasuk membayar rasuah kepada dua wanita yang mempunyai hubungan seksual dengannya.
Trump mempertahankan semua tuduhan ke atasnya adalah bermotifkan politik.
#Donald Trump #didakwa #dokumen keselamatan negara #kempen pemilihan semula
;