Donal Trump akan bertemu Joe Biden di Pejabat Oval pada Rabu

Agensi
November 9, 2024 07:15 MYT
Obama (kanan) menjadi tuan rumah kepada Trump di Pejabat Oval selepas Trump memenangi pilihan raya pada 2016. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menerima Presiden AS terpilih, Donald Trump di Pejabat Oval, White House, di sini, pada Rabu ini, kata pentadbiran White House.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, Setiausaha Akhbar Karine Jean-Pierre berkata: "Atas jemputan Presiden Biden, Presiden Biden dan Presiden Dipilih Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu jam 11 pagi. Butiran tambahan akan menyusul."
Mesyuarat di White House merupakan tradisi dalam pentadbiran Washington - kecuali pada 2020 apabila Trump kalah dalam pilihan raya menentang Biden.
Calon Republikan itu melanggar tradisi dan tidak menganjurkan sebarang mesyuarat sedemikian.
Justeru, jemputan Biden kepada Trump selepas pilihan raya adalah tradisi yang diadakan antara Presiden yang akan keluar dan yang akan datang.
Walaupun Biden dan Donald Trump akan bertemu di White House pada Rabu, pertemuan umum antara pasangan itu bukanlah perkara biasa.
Pada Jun lalu, kedua-dua mereka berkongsi pentas yang sama dalam perbahasan pertama pilihan raya presiden, membahaskan ekonomi, pengguguran dan dasar luar negara.
Penampilan perdebatan malang Biden akhirnya menyebabkan beliau tercicir daripada perlumbaan untuk White House dan digantikan oleh Kamala Harris atas tiket Demokrat.
Dalam pertemuan di White House, kebiasaannya kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai tempoh peralihan dan isu-isu yang terlibat dalam penubuhan pentadbiran.
Apabila Barack Obama menjadi tuan rumah Trump, mereka juga membincangkan dasar luar dan dalam negeri dan bersetuju untuk bekerjasama untuk membantu "negara berjaya", kata Obama.
Dan apabila Presiden George Bush menjemput Obama ke Pejabat Oval pada tahun 2008, mereka membincangkan isu ekonomi dan keselamatan.
Semasa mereka mengadakan perbincangan, isteri mereka iaitu Laura Bush dan Michelle Obama dibawa meninjau kawasan White House. - Agensi
#White House #Oval Office #Donald Trump #Joe Biden
;