'Don't play play!' - Phua Chu Kang tampil dalam video promosi vaksin Singapura

Astro Awani
Mei 28, 2021 08:32 MYT
Gurmit Singh sebagai 'Phua Chu Kang' tampil dalam video promosi pengambilan vaksin di Singapura. -Gambar fail
AKTOR dan pelawak Singapura, Gurmit Singh yang terkenal dengan wataknya sebagai kontraktor lucu Phua Chu Kang (PCK) tampil dalam video promosi pengambilan vaksin di negara itu.
Aktor yang juga penyanyi profesional berdarah kacukan Punjabi, Cina dan Jepun itu berkata video promosi berdurasi dua minit tersebut dilakonkan bersama Rosie Ang yang memegang watak isteri Phua Chu Kang di dalam sitkom itu.
Video PCK yang sinonim dengan kata-kata "Best in Singapore, JB and some say Batam" dan "Don’t play play" itu turut dikongsi media sosial kerajaan negara itu.

Don't play play! Singapore's favourite contractor is back to rally Singaporeans to get their COVID-19 vaccines! Visit https://t.co/FfrPW5sKb3 for more info. #IGotMyShotSG pic.twitter.com/fOXGHDJnko

— Singapore Government (@govsingapore) May 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kapsyen, "Jangan main-main", video itu diharap dapat mencetus semangat rakyat republik itu untuk mendapatkan vaksin masing-masing.
Sitcom Phua Chu Kang bertahan selama lapan musim di saluran 5 TV MediaCorp dari September 1997 hingga Februari 2007.
Ia kemudian menghasilkan sitcom 'spin off', "Phua Chu Kang Sdn Bhd" yang dikeluarkan sepenuhnya di Malaysia dan disiarkan dari tahun 2009 hingga 2010.
Setakat tengah hari Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 61,916 kes jangkitan keseluruhan, 34 kluster terbuka dengan yang terbesar melibatkan kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dengan 108 kes.
Terdapat 242 kes yang disahkan masih dipantau di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau semakin pulih.
Dua pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 yang lain menggunakan bantuan oksigen, kata Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.
Sebelum ini, Singapura mempertimbangkan kemungkinan menjarakkan tempoh antara dua dos suntikan COVID-19 bagi fasa selanjutnya.
Ia bertujuan membolehkan lebih ramai menerima suntikan dos pertama dalam program vaksinasi kebangsaan berikutan kekurangan bekalan semasa.
#Singapura #Phua Chu Kang #Gurmit Singh #program vaksinasi #video promosi #pengambilan vaksin #Kementerian Kesihatan #Rosie Ang
;