Doktor sahkan Trump tidak lagi berisiko sebar COVID-19, bebas kuarantin
Agensi
Oktober 11, 2020 11:12 MYT
Oktober 11, 2020 11:12 MYT
WASHINGTON : Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), satu berita gembira buat penyokong Donald Trump selepas Presiden Parti Republikan itu dilaporkan tidak lagi berisiko menyebarkan jangkitan COVID-19 dan memenuhi kriteria untuk menamatkan tempoh kuarantin.
Doktor di White House, Dr Sean Conley dalam satu kenyataan memaklumkan Trump, 74, tidak mengalami demam sepanjang tempoh 24 jam lalu dan tidak menunjukkan sebarang gejala.
Selain itu, pemeriksaan susulan sepanjang Trump dijangkiti COVID-19 menunjukkan kandungan virus dalam badan Presiden Amerika itu turut menurun.
Pada Sabtu pagi, Trump membuat penampilan sulung kepada umum sejak dibenarkan keluar hospital tiga hari lalu.
Trump dijangka mengunjungi Pennsylvania dan Iowa bagi meneruskan acara kempen.
#White House
#AS
#Donald Trump
#Parti Republikan
#Trump bebas COVID-19
#pilihan raya presiden amerika syarikat
#tidak lagi berisiko menyebarkan jangkitan
#penampilan sulung