Doktor Malaysia disabit tuduhan serangan seksual

Bernama
Februari 18, 2013 16:00 MYT
Mahkamah Majistret Elizabeth di Adelaide pada Isnin mensabitkan seorang doktor Malaysia atas dua tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pesakit wanitanya di Australia Selatan.
Majistret Greg Fisher menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara, gantung kerja selama dua tahun dan diikat jamin berkelakuan baik ke atas Dr Mohd Zaki Ibrahim, 37, kata seorang pegawai mahkamah kepada Bernama.
Mahkamah diberitahu Mohd Zaki melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun sama.
Mohd Zaki, seorang penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai telah bekerja di sebuah bandar di kawasan desa di Australia Selatan sebelum berpindah bersama keluarganya ke Elizabeth, di pinggiran bandar Adelaide.
#Adelaide #doktor malaysia #Dr Mohd Zaki Ibrahim #Greg Fisher
;