Doa bagi mangsa gempa Chile di media sosial
Kohilah Sekaran
September 18, 2015 06:46 MYT
September 18, 2015 06:46 MYT
Susulan gempa bumi di Chile, media sosial dijadikan medium untuk meluahkan rasa simpati serta melahirkan doa kepada mangsa-mangasa gempa. - Gambar Fail
Chile pada Khamis dilanda gempa kuat berukuran 8.2-magnitud yang mengegarkan utara negara itu pada sehingga meragut enam nyawa serta mengakibatkan ombak tsunami berukuran lebih dari dua meter yang membadai pesisir pantai pasifik negara itu.
Sehingga kini, lebih 900,000 penduduk di pesisir Chile telah meninggalkan kediaman masing-masing untuk bergegas ke kawasan yang selamat.
Susulan kejadian gempa bumi itu, media sosial dijadikan tempat untuk meluahkan rasa simpati serta melahirkan doa kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Chile.
Netizen dari seluruh dunia menzahirkan ucapan doa mereka kepada negara tersebut menerusi hashtag #Chile, #ChileEarthquake dan #PrayforChile.
Sementara itu, mangsa-mangsa gempa bumi Chile turut berkongsi situasi dan keadaan mereka dan keluarga di laman Twitter.
Antaranya ialah bintang realiti, Khloe Kadarshian, bintang Pop veteran, Debbie Gibson serta pelakon Marlee Matlin.
Gempa bumi dilapor berlaku pada jam 8.46 malam waktu tempatan (2346 GMT) di kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di utara Chile.