Ditutup seminggu, sempadan Gaza dibuka semula
Agensi
Mac 28, 2013 07:47 MYT
Mac 28, 2013 07:47 MYT
Israel akhirnya telah membuka semula sempadan wilayah di antara Gaza pada Khamis selepas ditutup hampir seminggu.
Penutupan itu telah memberi kesan buruk kepada penduduk Gaza terutamanya para peniaga dan nelayan.
Bagaimanapun tentera Israel telah pun membuka semula kawasan perdagangan dan membenarkan rakyat Palestin yang mempunyai permit untuk masuk seperti sedia kala.
Namun beberapa sekatan terhadap nelayan masih berlaku.
Penutupan sempadan itu dibuat ekoran serangan ke atas kawasan bandar di selatan Israel.