Dituduh zina: Wanita 'bersari' diikat dipokok, diseksa dan dicabul puluhan lelaki
Agensi
Mac 24, 2018 08:51 MYT
Mac 24, 2018 08:51 MYT
Sungguh malang nasib seorang wanita di India ini.
Lapor media tempatan, mangsa diikat ke sebatang pohon sebelum dipukul suaminya dengan menggunakan tali pinggang kulit di hadapan puluhan orang yang hanya berdiam diri.
Perempuan itu dilibas sekurang-kurangnya sebanyak 100 kali selepas sesi perbicaraan di sebuah desa terpencil gara-gara dituduh berzina.
Insiden itu terjadi di Bulandshahr, dalam wilayah Uttar Pradesh, tidak jauh dari New Delhi.
Tidak diketahui bilakah peristiwa itu terjadi namun video viral kejadian mula tersebar pada Jumaat sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Dalam video itu terlihat seorang wanita yang mengenakan sari dengan tangan terikat ke dahan sebatang pokok di atas kepalanya.
Dia kemudiannya dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan tali pinggang kulit.
Terdengar suara perempuan itu menjerit setiap kali libasan tali pinggang kulit mengenai tubuhnya.
Lebih malang, selepas dilibas, dia kemudiannya didera secara seksual oleh puluhan orang yang melihat kejadian itu.
Setelah video itu viral, pihak polisi nmenjalankan siasatan dan menahan tiga suspek yang disyaki bertanggungjawab atas insiden seksaan dan serangan itu.
Dari tiga orang yang ditangkap, dua di antaranya adalah suami dan anak kandung perempuan itu sendiri.