Ditolak ke dalam periuk nasi mendidih, kanak-kanak dua tahun maut

Agensi
Ogos 19, 2018 11:47 MYT
Dua individu ditahan bagi membantu siasatan selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan polis. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan yang menderita akibat separuh badannya terbakar gara-gara ditolak ke dalam peruk nasi yang panas dilaporkan meninggal dunia pada semalam di Hospital SSKM, Kolkata, India.
Menurut jurucakap hospital terbabit, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melecur kira-kira 75 peratus dan berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun, Pegawai Polis Ultadanga, kanak-kanak itu dipercayai ditolak ke dalam periuk nasi yang sedang mendidih ketika perbalahan antara keluarga tuan rumah dengan penyewa kelmarin.
Kanak-kanak malang itu merupakan anak kepada keluarga penyewa terbabit, kata pegawai polis tersebut.
Dua individu ditahan bagi membantu siasatan selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan polis.
#India #Kanak-kanak #Kolkata #melecur #perbalahan #periuk nasi #Ultadanga
;