Ditahan kerana jam: Ahmed akhirnya pilih menetap di Qatar

Madiha Abdullah
Oktober 21, 2015 09:34 MYT
Ahmed dan keluarganya memilih untuk berpindah dan menetap di Doha, Qatar. - Ben Torres/Getty Images/AFP
REMAJA lelaki dari Amerika Syarikat yang pernah menggemparkan dunia apabila ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah, Ahmed Mohamed, memilih untuk menetap di Qatar.
Ahmed, 14 tahun, dan keluarganya membuat keputusan tersebut selepas bersetuju untuk menerima tawaran Yayasan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Alam Sekitar Qatar.
Yayasan berkenaan menawarkan tempat untuk Ahmed dalam Program Pereka Muda, yang menyaksikan Ahmed menerima biasiswa penuh untuk pengajian sekolah menengah dan peringkat ijazah.

Sorry, America, Ahmed and his clock are moving to Qatar https://t.co/cjwnpu6IPz pic.twitter.com/jhg0Anz4gD

— Huffington Post (@HuffingtonPost) October 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmed yang melawat Doha bulan lalu, memberitahu dia sangat menyukai bandar tersebut yang disifatkan sebagai sangat moden.
Ketika ini, Ahmed dan keluarganya masih berada di Texas dan proses perpindahan dijangka akan dimulakan beberapa hari lagi.

My God, no! We've lost Ahmed! https://t.co/xAdfpKJ3UN #clockboy

— Dennis Dale (@eladsinned) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

What a great opportunity for ALL of @IStandWithAhmed's family! Doha & Education City are, by all accounts, great https://t.co/FAji4DqQjD

— Kelly Hills (@rocza) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Build a clock. Get arrested. Meet @POTUS. Travel the world. Move to Qatar. Ahmed Mohamed's time is now. https://t.co/Ae3O4gjafL

— AJ+ (@ajplus) October 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
September lalu, Ahmed ditahan polis selepas gurunya menyangka jam yang direkanya adalah bom. Penahanan itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bersifat perkauman memandangkan Ahmed beragama Islam.
Selain mendapat sokongan masyarakat dunia, Ahmed turut menerima pujian daripada organisasi besar seperti Twitter dan 3M, malah kreativiti mereka jam berkenaan turut menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
#Ahmed Mohamed #Doha #jam #Qatar
;