Disingkir sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS, McCarthy tekad tidak bertanding lagi
Bernama
Oktober 4, 2023 11:40 MYT
Oktober 4, 2023 11:40 MYT
WASHINGTON: Ahli Kongres Kevin McCarthy selepas menjadi Speaker pertama yang digulingkan dalam Dewan Perwakilan mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan itu lagi, lapor Sputnik.
"Saya tidak akan bertanding sebagai Speaker lagi. Saya akan meminta persidangan itu memilih orang lain," kata McCarthy petang Selasa.
"Saya tidak akan mengubah apa-apa."
McCarthy menambah bahawa negara itu terlalu hebat untuk cita-cita kecil lapan Republikan yang mengundi bersama Demokrat untuk menggulingkannya.
Beliau berkata beliau akan meneliti keadaan sama ada untuk kekal dalam Kongres.
-- BERNAMA