Disangka lelaki, wanita lahirkan bayi sambil berdiri tanpa bantuan

Astro Awani
Februari 17, 2019 09:24 MYT
Penjaga parkir yang disangka lelaki melahirkan bayi di tepi jalan bersaksikan orang ramai yang hanya melihat dari jauh. -Twitter @daifalianti
SEORANG penjaga parkir yang disangkakan lelaki melahirkan bayi di tepi jalan bersaksikan orang ramai yang hanya melihat dari jauh.
Dalam kejadian dipercayai berlaku di wilayah Chumphon, Thailand itu, wanita berkenaan dilihat memegang anaknya yang masih bertali pusat itu setelah melahirkannya dalam keadaan berdiri tanpa bantuan sesiapa.
Menurut laporan media tempatan, orang ramai yang menyaksikan kejadian tidak mempedulikan wanita itu kerana disangka seorang lelaki sehinggalah selepas dia melahirkan bayi tersebut.
Laporan turut menyebut bahawa wanita itu langsung tidak menunjukkan reaksi sakit ketika melahirkan.
Malah, ketika ketubannya pecah, dia dilihat masih berdiri di tepi jalan.
Foto wanita itu memegang bayinya yang masih berdarah tular di media sosial dan mencetuskan perbalahan tentang tindakan orang ramai yang hanya memerhati dan gagal memberikan bantuan.
Hanya setelah pekerja pasar berteriak bahawa 'lelaki' yang disangka orang ramai itu sebenarnya wanita, barulah pengunjung di situ berkumpul untuk membantu wanita itu dan menyelimuti bayinya.
Wanita itu dan bayinya kemudian dibawa menaiki ambulans ke hospital.
Ibu dan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat.
#Chumphon #hamil #lahirkan bayi #penjaga parkir #Thailand #tomboy
;