Disangka 'gadis jelita' bermotosikal, rupa-rupanya...

Agensi
Mac 18, 2021 10:44 MYT
Pemegang akaun @azusagakuyuki ini berjaya menarik ribuan pengikut dalam masa singkat, sehingga mencapai 17,4000 dalam tempoh dua tahun. -Times Hinet
CANTIK, muda, dan aktif di media sosial.
Siapa yang tidak terpesona melihat raut wajah gadis jelita berusia 20an ini yang selesa mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.
Barangkali faktor itu menyebabkan pemegang akaun @azusagakuyuki berjaya menarik ribuan pengikut dalam masa singkat, sehingga mencapai 17,4000 dalam tempoh dua tahun sejak akaun itu diwujudkan.
Berdasarkan gambar dan ciapan yang dikongsikan melalui akaun tersebut, pemiliknya kelihatan seperti gadis Jepun muda, cantik, lemah lembut, dan pada masa yang sama, mempunyai minat yang mendalam terhadap jentera beroda dua berkuasa tinggi.

( o ) : :166 : : : Life is once, play this world# # pic.twitter.com/t28mZmJ4vg

— (@azusagakuyuki) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semuanya nampak normal, sehinggalah bayangan wajah 'rupawan' yang muncul pada cermin sisi motosikal ditungganginya kelihatan seperti seorang lelaki.
Curiga dengan keadaan itu, media Jepun cuba mengesan dan menjejak pemilik sebenar akaun tersebut.
Akhirnya, terbongkar kisah sebenar gadis bermotosikal yang menjadi idola ramai jejaka ini.
Media Jepun mendedahkan bahawa 'gadis jelita' itu sebenarnya seorang lelaki Jepun berusia 50an yang tampil jelita hasil penggunaan aplikasi telefon pintar.
Alasannya? Tiada siapa yang akan berminat melihat wajah seorang ‘pak cik’ tua yang mempunyai hobi seperti itu.
Tetapi, anehnya, biarpun media sudah melakukan pendedahan tersebut, pak cik ini masih terus aktif berkongsi gambar, dan pengalaman berkonvoi menggunakan wajah si jelita.
Malah, lebih aneh lagi, akaun media sosialnya masih menjadi tarikan ramai peminat.
#Jepun #pak cik #50an #gadis jelita #Rupawan #aplikasi telefon pintar #azusagakuyuki #berkonvoi #motosikal berkuasa tinggi
;