Disangka bom, kelapa diletupkan pihak berkuasa

Eka Roslee
Oktober 2, 2018 08:51 MYT
keadaan bagasi yang berisi kelapa selepas diledakkan - Foto twitter @Ned_Dovonan
Sebuah bagasi dipenuhi kelapa yang disyaki sebagai bom diletupkan oleh pihak berkuasa Itali di sebuah lapangan terbang di negara itu, semalam.

Amazing, the Italian police have blown up a bag full of coconuts and have now reopened Rome airport. Here are the exploded coconuts: pic.twitter.com/LnHhYevWIE

— Ned Donovan (@Ned_Donovan) October 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejadian berlaku apabila mesin pengimbas barang telah mengesan objek berbentuk bulat yang dipercayai bom di dalam bagasi tersebut.
Pegawai lapangan terbang tersebut terus menghubungi pihak berkuasa dan meletupkan bagasi tersebut tanpa usul periksa.
Orang ramai diarahkan untuk berada dalam jarak sejauh 10-meter dari kawasan di mana bom tersebut diletupkan.
Bagasi berkenaan diletupkan ditengah-tengah lapangan terbang disaksikan orang ramai.
Setelah bagasi tersebut diledakkan oleh pihak berkuasa tempatan, ternyata bagasi tersebut hanya diisi dengan beberapa biji kelapa dan pihak polis beredar meninggalkan kawasan letupan untuk dibersihkan oleh petugas lapangan terbang itu.
#bom #Itali #kelapa #letupan #polis