Disahkan hidap kanser prostat, Susilo berlepas ke Amerika jalani rawatan

Agensi
November 5, 2021 13:40 MYT
Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dilaporkan sudah berada di Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani rawatan sebaik disahkan menghidap kanser prostat. - Gambar fail REUTERS
JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dilaporkan sudah berada di Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani rawatan sebaik disahkan menghidap kanser prostat.
Susilo yang juga Presiden ke-6 negara jiran itu menghidap kanser prostat tahap awal selepas menjalani pemeriksaan rapi termasuk pelbagai kaedah yang dilakukan sejumlah pasukan perubatan.
Sebelum berlepas ke AS, Susilo telah menghubungi Presiden Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan hasratnya untuk menjalani rawatan di negara berkenaan.
“Presiden Jokowi memberikan maklum balas yang baik selain memaklumkan doktor dari pasukan perubatan Presiden akan mengiringi pemergian Susilo semasa menjalani rawatan di sana,” kata pegawai Susilo, Ossy Dermawan.
#Susilo hidap kanser prostat #Amerika Syarikat #Susilo Bambang Yudhoyono #Presiden Indonesia
;