Dinesh Gunawardena angkat sumpah PM baharu Sri Lanka
Agensi
Julai 22, 2022 15:01 MYT
Julai 22, 2022 15:01 MYT
COLOMBO: Ahli politik veteran Sri Lanka, Dinesh Gunawardena, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu negara itu pad Jumaat, sehari selepas Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Upacara itu dijalankan beberapa jam selepas angkatan keselamatan menyerbu sebuah kem penunjuk perasaan di pekarangan pejabat kerajaan di Colombo. Sekurang-kurangnya sembilan tangkapan dilakukan dalam serbuan itu, dipercayai sebagai langkah pentadbiran baharu untuk mengurangkan dan menyuraikan protes seumpamanya.
Bekas menteri dari Parti Podujana Peramuna itu mengangkat sumpah jawatan dalam satu upacara yang dihadiri Wickremesinghe, serta pegawai tertinggi tentera, ahli politik dan para pegawai kanan.
Keseluruhan barisan Kabinet dijangka mengangkat sumpah pada petang Jumaat.
Krisis Sri Lanka yang berpunca dari salah urus ekonomi dan kesan rantaian akibat konflik di Ukraine, mencetuskan protes besar-besaran selama berbulan-bulan seterusnya memaksa bekas presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri keluar dari negara itu.
Wickremesinghe mengisytiharkan darurat sementara meminta bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).