Dinding lapangan terbang Rio penuh mesej tentang perangai Ryan Lochte

Syafique Shuib
Ogos 23, 2016 00:56 MYT
Pelancong yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro boleh kongsi mesej tentang Olimpik di satu papan khas.
WALAUPUN temasya Olimpik 2016 di Rio telah menutup tirai, namun pelancong yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro boleh kongsi mesej tentang Olimpik di satu papan khas sebelum berangkat pulang.
Ternyata, ramai menggunakan peluang itu untuk memohon maaf kepada tuan rumah atas sikap perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte.
Ini berikutan empat perenang AS, termasuk Lochte, menjadi perhatian media di Brazil setelah mendakwa mereka dirompak dengan pistol di sebuah stesen minyak Rio pada minggu lepas.
BACA: Tembelang skuad renang AS terbongkar, kisah 'dirompak' rupanya palsu
Polis Brazil pula mendakwa keempat-empat atlet AS itu mabuk dan terlibat dalam pertelingkahan dengan kakitangan keselamatan selepas merosakkan bilik air di sebuah stesen minyak
[GALERI FOTO]: Rio 2016: Majlis penutup temasya sukan
Berikut adalah beberapa gambar papan tanda itu yang terletak di lapangan terbang di Rio.

#rio #rio2016 #rioxvi #roadtorio #olympics RT @jessica_laise: RT @AnnOdong: Sorry about Lochte #Rio2016 #TeamUSA pic.twitter.com/MBGO3OtI9Y

— RIO XVI (@RIOXVI) August 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

a marker board up at Rio's main airport where visitors going home's most popular message? "Sorry about Ryan Lochte" pic.twitter.com/sgDnuxt1ZR

— amy rose (@kingvsqueen) August 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

On the "Leave a special message to Rio" wall at airport. pic.twitter.com/aXSb3rgTwy

— Sally Jenkins (@sallyjenx) August 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Marker board at Rio airport w/msgs from people leaving after #Olympics. "Sorry about Lochte"https://t.co/z6cPlk0ecO pic.twitter.com/0Qn59A3Leb

— Ney Hayashi (@neyhayashi) August 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setelah kesemua pasukan perenang berjaya pulang ke AS, Lochte akhirnya membuka mulut dan memohon maaf atas insiden itu.
Lochte memuat naik satu kenyataan di Instagram, di mana beliau ingin memohon maaf kerana tidak berhati-hati dan berterus terang tentang insiden yang berlaku minggu lalu.
#Gunnar Bentz #Jack Conger #Olimpik #renang amerika syarikat #Rio 2016 #Ryan Lochte #Scott Blackmun