Dilahirkan di Prague, anak badak sumbu diabadikan dengan nama ibu negara Ukraine
Agensi
Mac 18, 2022 18:53 MYT
Mac 18, 2022 18:53 MYT
PRAGUE: Sebuah zoo di Republik Czech mengalu-alukan kedatangan seekora anak badak sumbu hitam yang merupakan spesies sangat terancam.
Ia dinamakan sebagai Kyiv (Kiev) sempena memberi penghormatan kepada negara Ukraine yang kini bertahan daripada serangan angkatan tentera Rusia.
Badak sumbu itu selamat dilahirkan pada 4 Mac lalu di Zoo Dvur Kralove. Ia disifatkan sebagai peristiwa yang jarang berlaku walaupun zoo itu sudahpun memiliki beberapa badak sumbu dari sub-spesies berkenaan.
“Nama itu adalah ekspresi sokongan kami kepada wira-wira Ukraine," kata Pengarah Zoo, Premysl Rabas.
Induk Kyiv kini menjaganya dengan sepenuh daya, kata jurucakap zoo itu. Menurut rekod, anak badak sumbu itu bertambah berat badan sebanyak 1 kilogram setiap hari dan buat masa ini ia seberat 50 kilogram.
Pemburuan haram telah menyebabkan populasi badak sumbu hitam timur itu berkurangan sehingga 800 ekor sahaja hari ini. Taman haiwan di Prague itu memiliki 14 ekor kesemuanya.
Hanya tiga badak sumbu itu berjaya dilahirkan di zoo berbeza di seluruh dunia tahun lalu.
Sejumlah 47 ekor badak sumbu hitam timur dilahirkan di Dvur Kralove sejak taman haiwan itu menerima badak pertamanya pada tahun 1971.
Kebanyakan daripadanya dipindahkan ke pelbagai zoo di seluruh dunia, namun sembilan daripadanya dipulangkan semula ke Rwanda dan Tanzania untuk meneruskan hidup di habitat liar.
of them are now in various zoos around the globe but nine have been returned to Rwanda and Tanzania to live in the wild.