Selepas penularan wabak novel koronavirus sehingga mengakibatkan 81 mangsa maut dan lebih 2,761 mangsa disahkan positif, Datuk Bandar di wilayah Wuhan, China Zhou Xianwang menyatakan bahawa beliau bersedia meletakkan jawatan.
Kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dikatakan lambat bertindak menangani penularan virus itu, Zhou berkata, beliau sanggup mengambil tanggungjawab itu dan melepaskan jawatannya.
Pengumuman itu dibuat ketika ditemu bual sebuah stesen televisyen tempatan pada Isnin.
Selain Zhou, turut mengambil tindakan sama ialah Setiausaha Parti Wilayah itu, Ma Guoqiang.
"Kami akan terus dikecam, meskipun tindakan kawalan terhadap penyakit itu (2019-n CoV) sedang diambil.
"Demi kehidupan rakyat yang lebih selamat di Wuhan, Ma Guoqiang dan saya akan memikul tanggungjawab ini," kata Zhou.
Pasukan perubatan dan rakyat di Wuhan sebelum ini secara berterusan mengecam pihak berkuasa tempatan kerana lambat bertindak terhadap krisis di wilayah terbabit.
Malah tindakan larangan perjalanan di wilayah itu, hanya menyukarkan akses mendapatkan makanan serta perubatan.
Bagaimanapun, Zhou menjelaskan larangan terbabit demi memastikan penyebaran wabak koronavirus itu tidak berterusan seterusnya menjadikan 11 juta rakyat di wilayah itu sebagai mangsa.
Sehingga kini, seramai 3,000 mangsa di wilayah itu menerima rawatan dan separuh daripada jumlah itu disahkan positif koronavirus.
Agensi
Mon Jan 27 2020

Pasukan perubatan dan rakyat di Wuhan sebelum ini secara berterusan mengecam pihak berkuasa tempatan kerana lambat bertindak terhadap krisis di wilayah terbabit. - Reuters
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Saya bertanggungjawab United tersingkir - Solskjaer
United ketinggalan seawal 109 saat dan ketinggalan 2-0 dalam tempoh 13 minit ketika bergelut untuk menyesuaikan diri dengan lima pemain pertahanan awal pagi tadi.

Ambil tindakan kepada mereka yang buang topeng muka tidak ikut peraturan - Lee Lam Thye
Tindakan undang-undang merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.

Statut Rom: Pensyarah perlu bertanggungjawab - Maszlee
Beliau berkata ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.