AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Astro Awani
Disember 29, 2021 05:42 MYT
Disember 29, 2021 05:42 MYT
KABUL: Sekumpulan wanita berarak di ibu negara Afganistan, Kabul menggesa kerajaan Amerika Syarikat memulangkan kembali aset negara yang dibekukan oleh mereka.
Ini susulan kegawatan ekonomi yang dialami oleh kerajaan Afghanistan setelah pengambilalihan tampuk pentadbiran oleh pihak Taliban, yang dilihat semakin serius.
Mereka percaya pengembalian aset itu dapat menangani krisis ekonomi yang dilalui ketika ini.
Selain daripada aset negara, sumbangan dana antarabangsa, turut dibekukan.
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan sejak Taliban memegang kuasa pertengahan Ogos lalu.
Ini memberi kesan kepada kadar kemiskinan yang semakin meningkat selain menghadapi krisis kemanusiaan yang serius.