Didakwa terlibat rasuah, Canselor Austria sedia letak jawatan

Astro Awani
Oktober 9, 2021 07:49 MYT
Sebastian Kurz bercakap pada satu sidang media di Belgrade, Serbia, 4 Sept, 2021. (Foto AP)
CANSELOR Austria Sebastian Kurz mengumumkan sedia mengundur diri pada bila-bila masa, dalam usaha meredakan krisis kerajaan pimpinannya.
Krisis tersebut tercetus susulan pengumuman pendakwa raya bahawa dia terpalit siasatan rasuah.
Kurz, 35 tahun, berkata di Vienna pada Sabtu, dia telah mengusulkan supaya Menteri Luar Alexander Schallenberg menjadi penggantinya.
Sementara itu, Kurz sendiri merancang untuk menjadi pemimpin Parti Rakyat Austria.
Partinya itu bersatu menyokongnya setelah pengumuman pendakwa raya pada Rabu.
Bagaimanapun, parti sekutunya Greens berkata pada Jumaat, Kurz tidak wajar kekal sebagai canselor dan menuntut Parti Rakyat Austria mencalonkan "seorang yang tiada cacat cela" untuk menggantikannya.
Para pemimpin pembangkang mendesak Kurz mengemukakan undi percaya terhadap dirinya di Parlimen pada Selasa.
#letak jawatan #Sebastian Kurz #austria #Rasuah
;