Didakwa hina Raja Thailand selepas kongsi artikel BBC di Facebook
Agensi
Januari 30, 2018 17:52 MYT
Januari 30, 2018 17:52 MYT
Seorang aktivis melarikan diri selepas didakwa menghina Raja Thailand dengan berkongsi artikel dari BBC di akaunnya di Facebook.
Chanoknan Ruamsap merupakan aktivis parti pembangkang di negara itu dan dipercayai melarikan diri untuk elak dari ditangkap dan dipenjarakan lebih dari 15 tahun.
Sebelum ini, Chanoknan telah berkongsi satu artikel dari BBC yang didakwa menghina raja baru di negara itu, menurut laporan laman web South China Morning Post.
Bagaimanapun, Chanoknan tidak memberitahu dimana dia tinggal sekarang.
Di akaun Facebooknya, dia hanya menyatakan keputusan melarikan diri dengan memuat naik gambar saman polis.
"Saya hanya ada 30 minit untuk memutuskan sama ada untuk terus tinggal di sini atau pergi. Ini satu keputusan yang susah sebab pemergian saya kali ini seperti saya tidak akan lagi pulang," kata Chanoknan.
"Saya memutuskan untuk beritahu kedua ibu bapa saya dan semua orang terkejut tetapi mereka bersetuju. Tiada siapa mahu saya dimasukkan dalam penjara selama lima tahun atas kesalahan kongsi artikel BBC."
Antara aktivis lain yang turut didakwa, Jatupat Boonpattaraksa, dengan hukuman 18 bulan penjara atas kesalahan yang sama.