Didakwa gagal lindungi kanak-kanak, kerajaan Pakistan dikecam
Agensi
Januari 23, 2018 06:24 MYT
Januari 23, 2018 06:24 MYT
Pejabat Tertinggi Punjab mengutuk pentadbiran polis yang disifatkan lambat bertindak dan menyalahkan kerajaan kerana gagal melindungi kanak-kanak.
Kecaman menyusul selepas pesalah laku jenayah itu mengaku merogol dan membunuh Zainab Ansari, 7 tahun, serta melakukan sekurang-kurangnya tujuh lagi pembunuhan lain selepas ribuan protes berlangsung di seluruh negara itu.
"Selepas mengumpulkan 1,150 DNA, suspek berjaya dikenal pasti dan DNAnya 100 peratus sepadan dengan sampel yang diambil dari lokasi jenayah.”
"Suspek, Imran Ali, berusia 24 tahun, ditahan di Kasur,” ujar Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif dalam sidang media yang diadakan di Lahore pada Selasa.
Suspek yang diklasifikasikan sebagai pembunuh bersiri itu, berjaya ditahan di sebalik kebangkitan rakyat yang berang terhadap pembunuhan tersebut.
Awal bulan ini, Zainab Ansari, kanak-kanak 7 tahun itu diserang, dirogol dan dibunuh ketika pulang dari mengaji.
Menurut Shabaz lagi, Imran tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, bapa Zainab, Mohammed Amin Ansari, menyatakan berpuas hati dengan hasil siasatan terhadap kes anaknya itu.
“Kejayaan ini (menahan suspek) disebabkan usaha peribadi ketua menteri dan usaha dari semua agensi penguatkuasaan undang-undang. Terima kasih kepada semua, “ ujarnya yang turut hadir dalam sidang media tersebut.
#bunuh
#DNA
#Imran Ali
#jenayah
#JusticeforZainab
#Kanak-kanak
#polis
#protes
#Punjab
#rogol
#Shahbaz Sharif
#suspek
#Zainab Ansari