Didakwa bunuh 16 nelayan, dua pelarian warga Korea Utara diusir
Agensi
November 7, 2019 07:21 MYT
November 7, 2019 07:21 MYT
Korea Selatan mengusir dua warga Korea Utara yang melarikan diri ke negara itu hujung minggu lalu selepas dipercayai membunuh 16 nelayan.
Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditemukan di atas bot berdekatan sempadan timur laut, pada Sabtu.
Menurut jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Lee Sang-min, siasatan awal mendapati mereka membunuh 16 rakan mereka dalam kejadian di atas bot nelayan.
Justeru, kata Sang-min, kerajaan memutuskan menghantar dua nelayan itu kembali ke Korea Utara susulan jenayah berat yang dilakukan mereka tidak dapat dilindungi Korea Selatan.
Kedua-dua lelaki itu diusir ke Korea Utara melalui sempadan perkampungan di antara dua negara tersebut, pada Khamis.
#bunuh 16 nelayan
#Kementerian Penyatuan Korea Selatan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Lee Sang-min
#sempadan perkampungan