Dicemburui kerana kacak, remaja koma 2 hari dibelasah samseng
Gempak
Februari 16, 2024 14:41 MYT
Februari 16, 2024 14:41 MYT
SEORANG pelajar lelaki berusia 15 tahun cedera parah selepas dibelasah oleh sekumpulan samseng remaja kerana memiliki raut wajah yang terlalu kacak.
Pelajar bernama Mooyang itu dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince di Thailand pada 11 Februari lalu dan hanya sedarkan diri dua hari kemudian.
Menurut laporan Channel 3, Mooyang diserang ketika menuju ke kedai gunting rambut bersama empat rakannya.
Mooyang memberitahu, kumpulan itu memaksa dia dan rakannya memberhentikan motosikal yang ditunggang dan mengajak mereka berlawan..
Apabila ditanya mengapakahmereka ingin berlawan, kumpulan tersebut menjelaskan yang mereka cemburu dengan ketampanan yang dimiliki Mooyang.
Susulan kejadian, penduduk Ban Nong Kanon Simma menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap geng berkenaan. - Gempak/ TheThaiger