Diaspora Venezuela berhimpun di Santiago sokong Edmundo Gonzalez
Astro Awani
Julai 26, 2024 12:00 MYT
Julai 26, 2024 12:00 MYT
SANTIAGO: Diaspora Venezuela di Chile berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap calon pembangkang Edmundo Gonzalez, beberapa hari menjelang hari pemilhan Presiden Venezuela.
Warga Venezuela berkumpul di pusat bandar Santiago melaungkan mahukan sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil.
Peserta di lokasi mengibarkan bendera Venezuela, melaungkan slogan dan memegang sepanduk mahukan demokrasi.
Dalam pada itu, Presiden Nicolas Maduro dalam usaha meraih sokongan rakyat untuk menyambung penggal ketiga sebagai pemimpin negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Manakala pencabarnya, calon Edmundo Gonzalez dilihat menerima sokongan mengalakkan.
Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu turut dijemput menjadi pemerhati bebas pada pilihan raya tersebut yang akan berlangsung pada 28 Julai nanti.
Kehadiran Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu ditemani Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil atas jemputan Presiden Venezuela, Luiz Inacio Lula da Silva.