Dialog Rusia-AS mengenai peluru berpandu perlukan kesungguhan - Menteri Luar Rusia

Bernama
Oktober 8, 2021 17:21 MYT
START baharu ini memastikan pemeliharaan dan memperkasa sarana utama kestabilan strategik yang dapat mengehadkan senjata nuklear berasaskan asas ketat kesetaraan. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Dialog Rusia-Amerika Syarikat (AS) mengenai peluru berpandu dan kestabilan strategik memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang bermakna dalam perkara ini, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov pada Rabu.
"Ia memerlukan usaha bersungguh menjelang dialog Rusia-Amerika dalam bidang ini supaya dapat kembali ke landasan yang mampan, bagi mencapai keputusan yang bermakna yang akan dapat mengukuhkan keselamatan nasional dan kestabilan strategik di dunia.
"Mesyuarat antara agensi Rusia-AS yang berlangsung di Geneva baru-baru ini, adalah satu daripada langkah ke arah itu," katanya yang dipetik agensi berita Tass.
Diplomat itu menamakan Perjanjian Baharu START, yang sudah berlangsung sejak lima tahun, sebagai contoh positif hubungan Rusia-AS dalam bidang berkenaan.
"START Baharu ini, memastikan pemeliharaan dan memperkasa sarana utama kestabilan strategik yang dapat mengehadkan senjata nuklear berasaskan asas ketat kesetaraan," kata Ryabkov.
Perjanjian itu pada awalnya ditandatangani Rusia dan AS pada 2010. Pada 3 Februari 2021, perjanjian itu secara rasmi dilanjutkan untuk lima tahun lagi.
-- BERNAMA
#dialog #rusia-amerika syarikat #peluru berpandu #keselamatan
;