Diajak 'threesome', akhirnya dibunuh dan disumbat dalam tong sampah

Asyraf Roslan
Mac 30, 2019 16:40 MYT
Phillips dilapor dicekik dan kepala dihentak dengan tiang besi hingga mati. -Gambar fail
Seorang lelaki yang diajak mengadakan hubungan seks secara bertiga atau threesome dibunuh dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Dalam kejadian di Melbourne, Australia, pasangan Jason Considine, 36, dan Natasha Hogan, 27, telah menjemput Ashley Phillips, 45, untuk menyertai mereka melakukan hubungan intim di rumah mereka di sini.
Menurut laporan media tempatan, Hogan dan Phillips pernah berjumpa dan mengadakan hubungan seks ketika Considine dipenjarakan pada tahun 2015.
Setelah bebas, pasangan tersebut bersetuju menjemput Phillips untuk mengadakan hubungan seks bersama.
Namun keesokan harinya, Phillips yang berada di bilik istirehat bersama Hogan telah dipukul Considine kerana cemburu yang telah lama dipendamnya.
Phillips dilapor dicekik dan kepala dihentak dengan tiang besi hingga mati.
Pasangan itu meletakkan mayat Phillips di sebuah tong sampah beroda sebelum mayat itu dijumpai pemandu lori dua hari kemudian.
Ketika disoal siasat polis, Hogan mendakwa dia cuba meleraikan ketika teman lelakinya itu mencekik Phillips namun gagal.
#mahkamah #mati #mayat #Media #Melbourne #penjara #seks
;