'Dia selalu ada untuk saya' - Remaja hadiahkan kerusi roda elektrik buat sahabat

Shaznina Rozman
Mac 7, 2019 19:30 MYT
Tanner telah bekerja keras sepanjang dua tahun untuk menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepada Brandon. - Facebook / caddohillssd
SEORANG sahabat yang baik akan sentiasa bersama kita di waktu senang dan susah.
Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan seorang kawan di Arkansas, Amerika Syarikat yang sanggup menyimpan wang poketnya selama dua tahun hanya kerana simpati dengan kawannya yang serba kekurangan.
Memetik laporan CNN, dua pelajar sekolah menengah Caddo Hills iaitu Tanner Wilson dan Brandon Qualls, telah berjaya menarik perhatian masyarakat dengan kebaikan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Tanner untuk Brandon.
Tanner telah bekerja keras sepanjang dua tahun hanya untuk menghadiahkan Brandon sebuah kerusi roda elektrik.
Biarpun dia masih belajar, dia mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang yang mencukupi dengan berkerja secara sambilan di sebuah kedai mekanik.
Demi memenuhi hasratnya untuk membantu rakannya, dia tetap bekerja walaupun sibuk dengan hal sekolah.
Menurut Tanner, tujuan dia berbuat demikian adalah kerana dia kasihan terhadap kawannnya yang selalu mengeluh tangannya sakit akibat daripada menyorong kerusi roda lama miliknya untuk ke kelas setiap hari.
Hal ini telah membuatkan Tanner bertekad untuk meringankan beban kakannya dengan menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik.
"Dia selalu menjadi kawan yang baik dan saya mahu membalas jasa dia. Saya rasa saya perlu melakukannya... Brandon, dia selalu ada untuk saya," ujar Tanner.
"Sudah menjadi impian saya untuk mempunyai salah satu daripada ini (kerusi roda elektrik), dan impian saya kini menjadi kenyataan," kata Brandon.
Brandon turut berasa sangat terharu apabila Tanner menghadiahkan hadiah itu di hadapan kawan-kawannya.
#Amerika Syarikat #Arkansas #Brandon Qualls #caddo hills #kerusi roda elektrik #Tanner Wilson
;