Dewan Rakyat Brazil lulus undian pemecatan Presiden Dilma Rousseff

Agensi
April 18, 2016 11:08 MYT
Undian dua per tiga majoriti Dewan Senat akan memutuskan Presiden Dilma Rousseff (gambar) dipecat daripada jawatannya. - Foto AFP/ EVARISTO SA
Ahli Parlimen Brazil hari ini mencapai keputusan undian dua per tiga majoriti yang diperlukan untuk meluluskan prosiding pemecatan terhadap Presiden Dilma Rousseff.
Usul undian Dewan Rakyat ini akan dibawa ke Dewan Senat bagi membolehkan kes itu dibahaskan secara terbuka.
Undian dua per tiga majoriti Dewan Senat akan memutuskan Dilma Rousseff dipecat daripada jawatannya.
Sebelum ini, satu jawatankuasa kongres Brazil pada 11 April mengundi untuk mengadakan prosiding berhubung pemecatan Rousseff.
Jawatankuasa khas itu, yang mempunyai 65 anggota, mengundi 38-27 iaitu memihak kepada pemecatan tersebut.
Ianya sekali gus membuka jalan untuk undian penuh kesemua anggota dewan perwakilan bagi memutuskan perkara berkenaan.
#Dilma Rousseff
;