Dewan Perwakilan AS adakan sesi undian keempat pilih Speaker

Bernama
Oktober 24, 2023 11:54 MYT
Mereka yang dipilih sebagai Speaker perlu memperoleh undi majoriti di Dewan Perwakilan. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa akan mengadakan undian kali keempat bagi memilih Speaker, lapor Sputnik.
Calonnya termasuk ahli Kongres Jack Bergman, Byron Donalds, Tom Emmer, Kevin Hern, Mike Johnson, Gary Palmer, Austin Scott dan Pete Sessions.
Mereka yang dipilih sebagai Speaker perlu memperoleh undi majoriti di Dewan Perwakilan.
Kongres perlu meluluskan undang-undang pembiayaan kerajaan sebelum 17 November demi memastikan kerajaan terus berfungsi.
Pentadbiran Presiden Joe Biden turut meminta pembiayaan tambahan sebanyak AS$106 bilion.
Pada 3 Okt, Kevin McCarthy disingkirkan sebagai Speaker menerusi usul yang dikemukakan perwakilan.
-- BERNAMA
#Dewan Perwakilan Amerika Syarikat #Amerika Syarikat #Speaker #kongres
;