WASHINGTON: Anggota Republikan Amerika Syarikat (AS) gagal meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara yang dikenali sebagai CR, untuk memastikan kerajaan beroperasi sehingga 31 Okt.
Rang undang-undang setebal 165 muka surat itu yang disokong oleh Speaker Dewan Kevin McCarthy, ditolak dengan undian 198-232, dengan 21 Republikan menyertai Demokrat untuk mengagalkannya, lapor Agensi Anadolu.
Ahli Parlimen mempunyai masa hingga Sabtu, tarikh akhir tahun fiskal semasa tamat, untuk meluluskan rang undang-undang bagi membiayai kerajaan dan mengelakkan penutupan operasi kerajaan.
Tidak jelas berapa lama penutupan akan berlangsung, namun ramai yang percaya ia pasti berlaku ekoran perselisihan berterusan Republikan yang melumpuhkan Dewan Perwakilan.
Semasa penutupan, sebahagian besar daripada empat juta kakitangan kerajaan persekutuan akan diberhentikan atau tidak dibayar gaji, manakala petugas perkhidmatan penting, akan bekerja tanpa gaji.
Ini termasuk 1.3 juta anggota perkhidmatan serta penguatkuasa undang-undang persekutuan dan pengawal trafik udara.-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Ahli Parlimen mempunyai masa hingga Sabtu, tarikh akhir tahun fiskal semasa tamat, untuk meluluskan rang undang-undang bagi membiayai kerajaan dan mengelakkan penutupan operasi kerajaan. -AP
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Bacaan RUU Mufti kali kedua, ketiga diteruskan pertengahan Oktober - Mohd Na'im
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini.
Kerajaan belanja RM3 bilion untuk pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal - Nga Kor Ming
Jumlah RM3 bilion itu termasuk bagi negeri-negeri yang belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen
Kerajaan Sabah berharap bacaan kali kedua RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 bulan depan (Oktober) mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
Singapura bentang pindaan untuk tingkatkan keselamatan tenaga
RUU itu antara lain memperkenal pengawal selia baharu bagi pasaran elektrik dan langkah-langkah mengukuhkan peraturan ke atas sektor tenaga.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
RUU Majlis Media: Dalam proses kenal pasti ahli pengasas - Nie Ching
Teo berkata sejurus proses tersebut selesai, draf rang undang-undang itu akan dibawa ke Jemaah Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kelulusan.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
Dewan Negara lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 bertujuan membuat peruntukan yang lebih baik berhubung dengan keterangan saksi kanak-kanak.