Detik cemas berakhir gembira apabila wanita selamat bersalin dalam pesawat
Astro Awani
April 9, 2021 09:40 MYT
April 9, 2021 09:40 MYT
SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas seorang penumpang melahirkan bayinya di dalam kabin ketika penerbangan.
Kultumah Mohammed melahirkan anaknya dalam pesawat EgyptAir dibantu seorang pelajar perubatan ketika dalam perjalanan dari N'Djamena ke Kaherah pada Rabu, lapor Egypt Today.
Juruterbang pesawat berkenaan dimaklumkan tentang keadaan wanita berusia 27 tahun itu yang memasuki fasa bersalin aktif dan semakan hampir untuk proses kelahiran bayi sebelum diminta kebenaran untuk membuat pendaratan kecemasan.
Namun, Kultumah melahirkan bayinya ketika berada di ruang udara Sudan.
Nasib menyebelahi wanita berkenaan kerana terdapat pelajar perubatan dari Universiti Kasr el-Ainy, Laila Mohamed Abou Bakar yang membantu dalam proses tersebut bersama beberapa anak kapal.
EgyptAir turut berkongsi foto bayi berkenaan di akaun rasmi Facebook syarikat itu.
Kedua-dua ibu dan bayi dikejarkan ke Hospital Univerisiti Aswan sebaik sahaja mendarat di Aswan, Mesir.
Pesawat berkenaan kemudian meneruskan perjalan ke destinasi akhir iaitu Kaherah.
Bayi berkenaan diberi nama Abdel Rahman dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
#wanita
#bersalin
#pendaratan kecemasan
#EgyptAir
#Kultumah Mohammed
#bayi
#perubatan
#Laila Mohamed Abou Bakar
#Abdel Rahman