Destinasi terakhir Al Muhd Alfie bukan ke Bangkok
Astro Awani
Disember 26, 2017 15:17 MYT
Disember 26, 2017 15:17 MYT
Thailand kini mempertingkat kawalan keselamatan sempadan terutama di lapangan terbang antarabangsa utama di negara itu sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman pengganas.
Tindakan itu juga susulan penahanan seorang rakyat Malaysia, Al Muhd Alfie Kqhyriel di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Paksitan minggu lalu.
Al Muhd Alfie, berusia 20 tahun, ditahan bersama sejumlah senjata dan peluru ketika cuba menaiki penerbangan dari Pakistan ke Thailand, berdasarkan tiket yang dibelinya.
Namun pada Isnin, pihak berkuasa Thailand menafikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai destinasi terakhir Al Muhd Alfie.
Sebaliknya menjelaskan Al Muhd Alfie hanya akan melakukan transit di Bangkok dan destinasi terakhirnya adalah Malaysia.
Tambah pihak berkuasa, laporan sebelum ini yang mengaitkan Al Muhd Alfie dengan penerbangan Thai Airways adalah salah kerana syarikat penerbangan terbabit tidak menyediakan sebarang penerbangan terus dari Karachi ke Kuala Lumpur.
#Bangkok
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#militan
#Pakistan
#penerbangan
#pengganas
#rakyat Malaysia
#Thailand