Desmond Tutu meninggal dunia pada usia 90 tahun

Agensi
Disember 26, 2021 07:33 MYT
Pemergian penerima Hadiah Keamanan Nobel itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa. - Gambar fail/REUTERS
JOHANNESBURG: Desmond Tutu, ikon penentang aperteid di Afrika Selatan, meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Pemergian penerima Hadiah Keamanan Nobel itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.
Menurut kenyataan itu, beliau menggambarkan kehilangannya sebagai sebuah episod kedukaan apabila negara menyaksikan pemergian seorang lagi tokoh kemerdekaan tersohor.
“Tutu mengubah nasibnya kepada peluang untuk meningkatkan kesedaran serta mengurangkan penderitaan orang lain,” kata Ramaphosa dalam kenyataan itu.
Mendiang lantang bersuara menentang sistem penindasan ke atas populasi kulit hitam di Afrika Selatan ketika era penjajahan.
Paderi Besar itu dianugerahkan Hadiah Nobel Prize pada 1984 untuk kempennya menentang pemerintahan golongan kulit putih.
#Desmond Tutu #nobel #Afrika Selatan #aparteid