Derita dikisahkan dalam karya.. Potret Frida Kahlo kini hasil seni termahal Amerika Latin

Agensi
November 20, 2021 14:00 MYT
Karya itu seolah-olah membayangkan masalah yang membelenggu rumah tangganya dengan pelukis Mexico, Diego Rivera. - ETX STUDIO
SEBUAH potret yang dilukis Frida Kahlo berjaya dijual pada harga AS$34.9 juta (RM145.93) di Sotheby's dan kini menjadi karya seni pelukis Amerika Latin paling mahal.
Disiapkan lima tahun sebelum kematiannya pada tahun 1954, lukisan minyak yang diberi judul Diego and I, adalah salah satu potret terakhir Kahlo dan menjadi tarikan buat penggemarnya.
Karya itu seolah-olah membayangkan masalah yang membelenggu rumah tangganya dengan pelukis Mexico, Diego Rivera.
Jurucakap Sotheby's memaklumkan lukisan itu dibeli oleh Eduardo F. Costantini, seorang pengasas muzium di Buenos Aires. Ia bagaimanapun tidak akan dipamerkan di mana-mana kerana Constantini membeli untuk koleksi peribadinya.
"Ini hasil karyanya yang penting dalam tempoh beliau menderita secara fizikal dan karya lukisannya mula menjadi tidak menentu," kata Adriana Zavala, yang mengendalikan pameran 'Kahlo 2015' di New York.
Kahlo, yang dilahirkan pada tahun 1907 di Mexico City, mula melukis pada tahun 1926 selepas pulih daripada kemalangan yang menyebabkan beliau mengalami kesakitan kronik.
Mendiang dikenali sebagai artis yang banyak menghasilkan potret dan potret diri sendiri sebagai karya, selain beberapa karya yang mengambil inspirasi alam semula jadi dan artifak sebagai subjek,
Kahlo meninggal dunia pada usia 47 tahun.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

#Frida Kahlo #Mexico #pelukis #lukisan
;