Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera

Bernama
September 26, 2023 18:11 MYT
Puluhan mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan ada yang masih hilang, menurut laporan media tempatan.- Foto AP
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin, lapor Xinhua.
Seramai tujuh mangsa meninggal dunia di hospital dan 13 lagi mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dibawa ke pejabat koroner, memetik pihak berkuasa penjagaan kesihatan tempatan.
Puluhan mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan ada yang masih hilang, menurut laporan Armenia Armenpress,
Pasukan perubatan dari ibu kota Armenia Yerevan kini dalam perjalanan ke wilayah itu dengan menaiki helikopter untuk membantu mangsa.
--BERNAMA-XINHUA
#letupan depoh bahan api #puluhan maut #Azerbaijan #keadaan kritikal
;