Denmark haramkan purdah kerana 'tidak selari dengan nilai masyarakat'

Agensi
Februari 8, 2018 18:20 MYT
Denmark haramkan pemakaian purdah kerana tidak selari dengan nilai masyarakat.- Foto Reuters
Kerajaan Denmark bakal memperkenalkan Rang Undang Undang (RUU) baharu berkaitan pengharaman pemakaian purdah di negara tersebut.
Cadangan dikeluarkan selepas pemakaian purdah itu dikatakan tidak selari dengan nilai masyarakat Denmark.
“Pemakaian purdah ini tidak selari dengan nilai-nilai masyarakat Denmark kerana menutup wajah seseorang ketika bersua muka merupakan tanda tidak menghormati.
“Kita mahu masyarakat di negara ini menunjukkan wajah masing-masing sebagai rasa percaya dan hormat,” ujar Ketua Menteri Keadilan, Soren Pape Poulsen.
Sehubungan itu, kerajaan Denmark akan membentang RUU tersebut di parlimen dengan sokongan parti kedua terbesar di negara itu, Anti-Imigresen Rakyat Denmark.
Dalam RUU tersebut, seseorang akan berdepan denda sebanyak 1,000 kroner (RM471.42) sekiranya dapati melanggar peraturan manakala kesalahan berulang boleh dikenakan denda sehingga 10,000 kroner (RM4712).
“Saya tidak pasti berapa ramai rakyat Denmark memakai purdah tetapi sekiranya mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan denda,” ujar Soren.
Tahun lalu, Perancis menjadi negara pertama Eropah mengharamkan pemakaian purdah pada 2011 manakala diikuti Sepanyol pada 2013.
#1 000 kroner #10 000 kroner #haram pemakaian purdah #Kerajaan denmark #nilai masyarakat #RUU #Soren Pape Poulsen #tanda hormat dan percaya
;