Demonstrasi bantah vaksin di sempadan AS-Kanada cetus kebimbangan
Astro Awani
Februari 9, 2022 11:11 MYT
Februari 9, 2022 11:11 MYT
PENGGUBAL undang-undang Kanada menyatakan kebimbangan pada Selasa, susulan demonstrasi membantah sekatan COVID-19 di lintasan sempadan paling sibuk antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Demonstrasi berkenaan dilakukan oleh pemandu-pemandu lori yang membantah mandat vaksin dan sekatan COVID-19 yang lain.
Ia dibimbangi meninggalkan kesan ekonomi yang buruk terhadap perdagangan antara AS dan Kanada.
Sekatan di Ambassador Bridge - antara Detroit dan Windsor, Ontario - menghalang perjalanan memasuki Kanada, sambil trafik memasuki AS bergerak perlahan.
Laluan berkenaan membawa 25% daripada semua dagangan antara Kanada dan AS.
Demonstrasi itu juga telah merebak ke lokasi berhampiran sempadan Kanada, termasuk Ambassador Bridge yang menghubungkan Kanada dengan Detroit.
Di Michigan, protes telah menyebabkan kesesakan yang berpanjangan dan pihak berkuasa bertindak menghentikan lalu lintas di kedua-dua arah.
Penunjuk perasaan berkata, mereka tidak akan bersurai sehingga semua mandat vaksin dan sekatan COVID-19 ditarik balik.
Mereka juga menggesa penyingkiran kerajaan Justin Trudeau, walaupun ia hanya bertanggungjawab ke atas beberapa langkah sekatan, yang kebanyakannya dilaksanakan kerajaan-kerajaan negeri.