Demokrat kemuka usul pecat Trump
Astro Awani
Januari 11, 2021 06:26 MYT
Januari 11, 2021 06:26 MYT
WASHINGTON: Wakil Demokrat kemukakan usul pemecatan terhadap Presiden Donald Trump di Dewan Perwakilan.
Usul itu mendakwa Trump menjadi pencetus keganasan, susulan protes di bangunan Capitol minggu lalu.
Usul itu mendakwa Trump mendorong penyokongnya menyerbu bangunannya.
Saranan itu dipercayai dibuat ketika satu rapat umum, apabila Trump mendakwa pilihan raya yang sepatutnya dimenanginya dicemari penipuan.
Rusuhan di bangunan Capitol Hill ini mengorbankan lima orang.
Kem Demokrat menegaskan akan meneruskan usul undian pada Rabu jika Naib Presiden Mike Pence menggunakan Perlembagaan untuk memecat Trump.
Pence bagaimanapun dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Desakan supaya Trump meletakkan jawatan dan dipecat semakin kuat. White House menolak ancaman pemecatan ini sebagai bermotifkan politik.
Trump tidak mengeluarkan kenyataan sejak digantung dari beberapa platform media sosial termasuk Twitter.
Beliau dijangka meninggalkan White House pada hari sama Joe Biden mengangkat sumpah jawatan secara rasmi iaitu 20 Januari.