Demi majikan, pekerja saling tampar menampar untuk tunjuk 'komitmen'
Agensi
Disember 19, 2017 12:42 MYT
Disember 19, 2017 12:42 MYT
Sebuah syarikat menyambut ulang tahunnya dengan memaksa pekerja menampar muka satu sama lain.
Kejadian menampar itu berlaku di hadapan ratusan pekerja bertujuan untuk mengekalkan jawatan mereka dalam sebuah syarikat kosmetik pada 17 Disember di Nanchang, wilayah Jiangxi, China.
Menurut jurucakap syarikat, Luo insiden itu kepada media tempatan di mana ianya bukan sesuatu yang istimewa tetapi sebagai satu ujian bagi mereka, lapor Daily Mail UK.
"Mereka bukan suka-suka menampar muka, malah ada juga rutin di syarikat lain yang mengamalkan perkara sebegini. Ini untuk membina semangat berkumpulan ," ujarnya.
Sementara itu lapor Mirror UK, wanita-wanita berkenaan dikatakan berada pada tahap prestasi yang kurang memuaskan sepanjang tahun.
Difahamkan, kejadian menampar akan beterusan sehinggalah disuruh oleh majikan untuk berhenti menampar.
Rakaman berkenaan telah ditonton lebih dari enam juta kali dan mengundang ribuan komen netrizen yang mengecam perbuatan itu dan menggelarkannya sebagai penderaan pekerja.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan untuk menyiasat kes itu.
#China
#dera pekerja
#Media
#mendera pekerja
#Nanchang
#prestasi kurang memuaskan
#syarikat penjagaan kulit dan kecantikkan
#tampar
#team building