Demi kekasih, ibu durjana tergamak biar dua anak perempuan dirogol

Agensi
Mei 4, 2019 18:55 MYT
Nasib malang menimpa kedua-dua anak kecil itu apabila Christin bertindak menghantar video dan gambar lucah anak perempuannya itu. -Gambar hiasan
Seorang ibu tunggal sanggup ‘mengorbankan’ dua anak perempuannya berusia satu dan empat tahun semata-mata untuk memuaskan nafsu teman lelakinya dalam kejadian di Dresden, Jerman, baru-baru ini.
Lelaki berusia 34 tahun yang dikenali sebagai Daniel. P merupakan seorang pedofil berasal dari utara Jerman.
Dia berkenalan dengan si ibu tunggal Christin melalui aplikasi mencari jodoh di negara berkenaan iaitu Knuddels.
Selepas bertukar mesej menerusi aplikasi itu, Daniel berjanji mengahwini wanita berusia 32 tahun itu dan memberikan kehidupan baharu bersama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun, nasib malang menimpa kedua-dua anak kecil itu apabila Christin bertindak menghantar video dan gambar lucah anak perempuannya itu.
Malah, pada pertemuan pertama mereka, Daniel sudah ‘dibenarkan’ mencabuli kedua-dua kanak-kanak malang itu.
Christin juga turut mempersiapkan kedua-dua anaknya sebelum dirogol lelaki berkenaan.
Pasangan itu juga dilapor pergi bercuti di Hungary dan Romania dan sekali lagi kedua-dua beradik itu menjadi tempat Daniel melampiaskan nafsunya.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Dresden, Daniel mengaku bersalah merogol dua beradik itu.
Daniel bagaimanapun dibebaskan selepas membuat rayuan bagi kes itu manakala Christin turut didakwa atas kesalahan bersubahat.
Perbicaraan masih berlangsung sehingga kini.
#biar anak dirogol kekasih #Christin #Daniel #janji kahwin #Jerman #Kanak-kanak #lampias nafsu #pedofil #pedofilia #rogol kanak-kanak
;