Demi dana rawatan anak, bapa sanggup tawar diri jadi pengantin

Sinar Harian
Jun 14, 2018 23:22 MYT
Guo Anchuan tawar diri jadi pengantin.
Di tepi sebuah jalan di China, kelihatan seorang lelaki berpakaian pengantin perempuan sedang duduk sambil memegang sepana di tangan.
Poster di sebelahnya tertulis, ”Mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya”
Guo Anchuan, 45, seorang tukang kayu kini terdesak mencari wang bagi membiayai rawatan anak perempuannya yang menghidap leukemia sejak berumur empat tahun.
Ditanya mengapa memakai gaun pengantin perempuan, Anchuan berkata, ia untuk menarik lebih banyak perhatian.
“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya.
Menurut lelaki itu, anaknya Guo Yuting telah menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini.
Pembedahan segera harus dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan. - SCMP
#biaya rawatan #gaun pengantin perempuan #Guo Anchuan #Guo Yuting #leukemia #pengantin perempuan #sepana
;