Demi cinta Puteri Mako Jepun pilih orang kebanyakan, lepaskan gelaran diraja
Agensi
September 3, 2017 23:10 MYT
September 3, 2017 23:10 MYT
Puteri Mako, cucu sulung Maharaja Jepun, Akihito hari ini mengumumkan akan mengahwini cinta hatinya yang juga orang kebanyakan, sekaligus melepas gelaran keluarga diraja.
Tindakan itu dilihat bakal mengurangkan pengaruh keluarga diraja di negara itu.
Pengumuman disiarkan saluran NHK.
Mako adalah salah seorang daripada empat cucu kepada Maharaja Akihito. Tiga yang lain adalah adik perempuannya, Kako, adik lelakinya, Hisahito dan anak perempuan Putera Mahkota Naruhito, Aiko.
Semakin kurangnya populasi keluarga diraja menimbulkan kebimbangan Naruhita bakal menjadi keluarga diraja yang terakhir di negara itu yang kini dibebani dengan jumlah penduduk yang menua.
Pertunangan Mako dengan Kei Komuro, yang bekerja di sebuah firma guaman menyusul selepas ahli parlimen negara itu pada Jun meluluskan rang undang-undang bagi membolehkan Akihito melepas jawatannya.