Demi cinta, lelaki sanggup pakai kasut tumit tinggi pasangannya

Astro Awani
Oktober 1, 2017 12:35 MYT
Seorang lelaki dari China menarik perhatian dunia selepas rakaman gambar dia memakai kasut tumit tinggi milik teman wanitanya viral di media sosial. -Twitter @BastilleGlobal
SEORANG lelaki dari China menarik perhatian dunia selepas gambar dia memakai kasut tumit tinggi milik teman wanitanya tular di media sosial.
Gambar menunjukkan dia memakai sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah jambu manakala teman wanitanya pula memakai kasut milik lelaki itu yang berwarna hitam.
Memetik laporan portal Daily Mail, foto itu diambil seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Xie di Hospital Xinquiao di Daerah Shapingba, China.
Menurut wanita itu, lelaki tersebut bertukar kasut dengan teman wanitanya selepas gadis itu mengadu sakit kaki.
Pada ketika itu, pasangan tersebut sedang menunggu untuk berjumpa doktor.
“Saya perasan perkara itu sebab kasut tumit tersebut berwana merah jambu. Jadi, memang jelas.
“Wanita itu meminta untuk menukar balik kasutnya itu, tetapi lelaki tersebut enggan, malah dia berjalan sekitar hospital dengan kasut tumit tinggi itu,” kata Xie.

Boyfriend wears pink high heels for girlfriend's comfort https://t.co/ZAZdv7VsZb pic.twitter.com/QKFhqmwkHA

— BastilleGlobal (@BastilleGlobal) September 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#China #Hospital #kasut tumit tinggi #lelaki #media sosial #viral