Demi cinta kepada 'gadis maya'...

Sinar Harian
November 13, 2018 08:58 MYT
Kondo 'tinggal' bersama Miku sejak Mac lalu. - Foto Sinar Harian
Ibu Akihiko Kondo menolak jemputan perkahwinannya pada bulan ini.
Ini kerana dia akan berkahwin dengan hologram, penyanyi maya digelar Hatsune Miku.
"Bagi seorang ibu, ia bukan sesuatu yang patut diraikan," kata lelaki berusia 35 tahun.
Malah tiada saudara mara menghadiri majlis perkahwinannya dengan Miku, animasi berumur 16 tahun.
Namun, ia tidak menghalang Kondo untuk meneruskan acara tersebut di sebuah dewan di Tokyo yang turut menelan kos 2 juta yen (RM73,643).
Kira-kira 40 tetamu menyaksikan lelaki terbabit mengikat tali cinta dengan Miku yang hadir dalam bentuk anak patung.
Sejak Mac lalu, Kondo telah 'tinggal' bersama hologram Miku dalam sebuah komputer.
Syarikat yang menghasilkan peranti menampilkan Miku, Gatebox turut mengeluarkan 'sijil perkahwinan' kepada Kondo.
Difahamkan, firma tersebut telah memberikan lebih 3,700 sijil perkahwinan 'rentas-dimensi' seperti pasangan Kondo dan Miku. - AFP
#anak #cinta #Hatsune Miku #hologram #maya #penyanyi #perkahwinan #Tokyo
;