Demi anak ketiga William dan Kate, peminat sanggup 'berkampung' di hospital

Agensi
April 21, 2018 06:10 MYT
Lebih parah apabila ada yang sanggup bermalam di perkarangan Hospital Saint Marys di London selama 13 hari tanpa jemu. - Foto REUTERS
Akibat begitu teruja dengan kelahiran bayi ketiga pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton, peminat fanatik sanggup menanti di perkarangan hospital selama berhari-hari.
Kate Middleton dijangka melahirkan cahaya mata ketiganya itu April ini namun tiada sebarang tarikh diumumkan sebelum ini.
Lebih parah apabila ada yang sanggup bermalam di perkarangan Hospital Saint Mary’s di London selama 13 hari tanpa jemu.
Bayi tersebut dijangka akan dilahirkan dalam tempoh terdekat dan ramai yang berharap agar bayi itu lahir pada Sabtu tanggal 21 April iaitu tarikh yang sama dengan hari kelahiran moyangnya, Queen Elizabeth.
Setakat ini tujuh orang peminat fanatik pasangan diraja ini masih berkampung di perkarangan hospital tersebut.
#Britain #Kate Middleton #London #Putera William #Royal Baby #saint mary's hospital
;