DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.

Sebanyak 49 juta data pelanggan dipercayai telah diakses tanpa kebenaran. Sungguhpun begitu Dell berkata data sulit perbankan bukan antara yang terjejas oleh serangan siber ini.

Sebaliknya yang dicuri adalah dalam bentuk nama, alamat dan maklumat produk Dell yang telah dibeli oleh pelanggan.

Di laman web gelap, data pelanggan yang dicuri telah mula dijual dengan ia disahkan adalah pangkalan data melibatkan pembelian antara 2017 hingga 2024. Semua pelanggan yang terjejas akan menerima emel daripada Dell. - Amanz